Bersama Meriahkan Realiti Piala Dunia 2014 Di Putrajaya
PUTRAJAYA – Kemeriahan Piala Dunia 2014 turut dirasai di Parlimen Putrajaya apabila paparan tayangan melalui skrin besar dibuat secara terbuka. Warga tempatan dijemput untuk bersama-sama menyaksikan perlawanan langsung sepanjang Piala Dunia 2014. Skrin besar tersebut bertempat di ruang legar Medan Selera Seri Teja, Presint 9 bermula pada jam 9.00 malam hingga 2.00 pagi. Pelbagai aktiviti menarik boleh disertai seperti permainan PS4 dan peluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah.
You must be logged in to post a comment.