Berita

Kejohanan Futsal Piala Menteri Wilayah Di Putrajaya

PUTRAJAYA – Kejohanan Futsal Piala Menteri Wilayah Persekutuan yang menggabungkan belia dan beliawanis di seluruh Wilayah Persekutuan termasuk Labuan berlangsung di Kompleks Futsal 1Malaysia, Presint 18 pada 21 Jun 2014. Majlis tersebut telah disempurnakan sendiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang amat menggalakkan pelbagai program dan aktiviti sedemikian.

Dengan penyertaan sebanyak 376 pasukan lelaki dan 98 pasukan wanita yang melibatkan seramai 4,740 peserta program tahunan Yayasan Wilayah Persekutuan diharapkan menjadi . menjadi titik tolak kepada permuafakatan antara pemimpin dan anak muda.

“Melalui acara sukan seperti ini, ia bukan sahaja dapat memupuk gaya hidup yang sihat serta melahirkan anak muda yang ceria malahan memupuk dan menguatkan lagi titian silaturrahim kalangan masyarakat tempatan,” katanya.

10393891_661309623957033_1150750285726120197_n

10448233_661310790623583_4356438396715399182_n

10464340_661310590623603_7937273256597526603_n

10478234_661310130623649_8133493364552590893_n

10491213_661309857290343_2404598654415083235_n

10505556_661309957290333_8931912292502482353_n