Aktiviti & Komuniti

Sukan Taska Generasi 2014 Ceriakan Putrajaya

Putrajaya – Isteri Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datin Seri Anggraini Sentiyaki merasmikan Sukan Taska Generasi 2014 yang berlangsung di padang Kompleks Kejiranan Presint 9 pada 21 Jun 2014. Keceriaan tergambar dengan kehadiran kanak kanak dan ibu bapa yang turut serta memeriahkan majlis tersebut.