Berita

Imarahkan Ramadan Dalam Maidatul Rahman Putrajaya

Putrajaya – Hari pertama berpuasa diraikan dengan acara berbuka puasa beramai-ramai dalam program tahunan UMNO Putrajaya iaitu Maidatul Rahman. Turut bersama meraikan sendiri para pengunjung dan orang ramai yang datang untuk berbuka puasa ialah Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan isteri, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki.

“Saya amat berterima kasih kepada orang ramai yang hadir untuk bersama-sama berbuka puasa dan berkongsi juadah yang ada serta sama-sama mensyukuri nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita,” katanya.

Beliau turut melahirkan rasa penghargaan kepada para penduduk khususnya anggota UMNO Putrajaya yang bertungkus-lumus untuk bersama-sama menjayakan program Maidatul Rahman.

Maidatul Rahman ini adalah acara berbuka puasa beramai-ramai yang bertempat di aras 1, Medan Selera Presint 8 yang bermula pada 1 Ramadan hinggalah 20 Ramadan kelak. Orang ramai dipelawa untuk bersama-sama dalam program tersebut dengan berbuka puasa bersama pemimpin dan masyarakat tempatan secara percuma.

0111

0121

0122

0123

0234

0345

0456

0567

0678

0789

0890

0901