Berita

Meriahnya Maidatul Rahman Putrajaya

PUTRAJAYA – Suasana persekitaran Medan Selera Presint 8 berlangsung meriah di sebelah petang apabila para pengunjung dan penduduk tempatan bersama-sama memeriahkan Maidatul Rahman iaitu acara berbuka puasa beramai-ramai. Semangat toleransi, saling hormat menghormati dan kemesraan dalam masyarakat jelas tergambar dalam hubungan muafakat untuk menjayakan acara tahunan UMNO Bahagian Putrajaya.

Ahli Parlimennya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan isteri, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki turut bersama menikmati juadah berbuka puasa dengan orang ramai yang secara tidak langsung menunjukkan keterbukaan beliau untuk sentiasa bersama rakyat. Beliau juga turut berkesempatan mengimamkan solat Maghrib di ruang solat yang disediakan di kawasan tersebut selepas berbuka puasa.

202

203

204

205