Berita

Festival Ramadan Putrajaya 2014 Untuk Manfaat Rakyat

PUTRAJAYA – Festival Ramadan Putrajaya 2014 bermula dengan acara perasmiannya telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertempat di perkarangan Kompleks Perbadanan Putrajaya (PPj).

Festival tersebut diadakan sebagai kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan keperluan bulan puasa dan Hari Raya dengan harga yang berpatutan dengan konsep festival yang menggabungkan unsur-unsur keagamaan dan perniagaan untuk manfaat kepada pengguna Islam.

Pada majlis itu Perdana Menteri dengan diiringi Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut menyampaikan sumbangan kepada rumah-rumah anak yatim dan badan kebajikan berjumlah RM15,000.

Selepas itu beliau mengambil kesempatan melawat gerai-gerai jualan di festival berkenaan.

Festival itu diadakan di sekitar Kompleks PPj, Kiblat Walk dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3 di sini dan dibuka dari pukul 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

Festival itu dianjurkan dengan kerjasama PPj, Kementerian Perdagangangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Perdagangangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan.

Antara aktiviti yang bakal diadakan sepanjang festival bermula 29 Jun hingga 27 Julai itu ialah jualan juadah makanan, jualan barang keperluan Hari Raya dan aktiviti keagamaan termasuk ceramah agama yang menampilkan penceramah popular seperti Ustaz Kazim Elias.

Selain itu PPj turut akan mengedarkan kurma, air zam zam serta jamuan berbuka dan moreh secara percuma kepada pengunjung.

Festival itu turut dimeriahkan dengan pertandingan ‘Panjut Komuniti’, persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid popular seperti Kumpulan Inteam, Saujana dan Nowseeheart serta selawat dan qasidah.

234

235

236

237

238