Berita

Nur Ramadan Putrajaya Ceriakan Golongan Yang Memerlukan

Putrajaya – Program Nur Ramadan 2014 telah berlangsung di Dewan Serbaguna Kementerian Wilayah Persekutuan Presint 2 yang dirasmikan oleh YBhg Datin Seri Anggraini Sentiyaki iaitu isteri Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam majlis yang berlangsung pada 19 Julai 2014 (Sabtu), golongan yang memerlukan khususnya orang kurang upaya, ibu-ibu tunggal, warga emas dan golongan miskin bandar termasuklah golongan asnaf diberikan keutamaan dengan bantuan dihulurkan bagi meringankan beban mereka menjelang Hari Raya Aidilfitri. Semoga sumbangan yang diberikan ini akan dapat mengurangkan kedukaan mereka dan menceriakan semua pihak dalam hari perayaan.

01

02

03

04

05

06

08