Berita

Kibarkan ‘Jalur Gemilang’ Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan

PUTRAJAYA – Sambutan hari kemerdekaan adalah salah satu acara penting dalam negara dalam usaha membangkitkan semangat patriotisme di kalangan masyarakat negara ini.Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2014 di Dataran Putrajaya pada Isnin, 18 Ogos 2014.

Turut dihadiri pada majlis tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bersama dengan Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri mengajak rakyat Malaysia untuk terus mengibarkan bendera Malaysia sebagai tanda cinta dan kasih semua kepada negara.

997042_901424683219655_6310620011568376015_n

10437742_901424759886314_7387718568033448450_n

10568804_901424886552968_2841985820291157903_n