Terima Kasih Meriahkan Majlis Jamuan Aidilfitri Putrajaya
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berterima kasih kepada para penduduk tempatan dan orang ramai yang bersama-sama memeriahkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Putrajaya yang dibuat serentak dengan Kementerian Wilayah Persekutuan.
“Saya amat menghargai kehadiran semua tetamu dan semoga dengan kemeriahan majlis ini kita dapat mengeratkan jalinan kekeluargaan dan merapatkan perpaduan antara semua lapisan masyarakat yang pelbagai kaum,” katanya.
Turut bersama dalam majlis tersebut ialah isteri beliau, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki.
Majlis tersebut berlangsung di lobi Kementerian Wilayah Persekutuan dari Jam 12.00 tengah hari hingga jam 4.00 petang pada Selasa, 19 Ogos 2014.
You must be logged in to post a comment.