Berita

Aidilfitri Terus Dirai Warga Putrajaya

Putrajaya – Bulan Syawal yang masih berbaki digunakan sepenuhnya oleh warga Putrajaya dengan keceriaan Hari Raya Aidilfitri sebagaimana hubungan akrab yang terjalin dalam masyarakat di sini. Sambutan rumah terbuka di sana-sini dengan UMNO Cawangan memanfaatkan Aidilfitri sebagai ruang untuk bermaaf-maafan dan merapatkan hubungan silaturrahim antara penduduk tempatan.

Pada Ahad, 24 Ogos 2014, Persatuan Penduduk P18R8 bersama UMNO Cawangan Bunga Cengkeh dan Surau Istiqamah telah mengadakan Majlis Aidilfitri dengan kehadiran orang ramai serta YB Senator Datuk Khairudin Samad selaku Ahli Dewan Negara merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya. Turut hadir ialah SUSK kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Rahimi Rejab serta AJK UMNO bahagian.

Dalam masaya yang sama, Persatuan Penduduk dan Cawangan Bunga Orkid di blok 6F Fasa 6 Presint 9 turut mengadakan majlis Aidilfitri. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya Ahmad Faisal Abdul Karim bersama Ketua Cawangan Orkid En. Shaari Hamid. Semoga jalinan akrab dalam masyarakat menjadi kunci dalam memperteguh perpaduan dan kesejahteraan Putrajaya berterusan.

10485841_723651087670176_3950965430495294849_n

10590454_723641927671092_973458282900258909_n

10622831_723641997671085_1672392115454109243_n

10644976_723634827671802_2066772926341825333_n

10645010_723651031003515_7457513292239358436_n