Berita

Aidilfitri Tanpa Lupakan Penderitaan Gaza

PUTRAJAYA – Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Kelab Kebudayaan dan Kesenian Putrajaya yang berlangsung meriah pada 25 Ogos 2014, Isnin turut berkongsi kedukaan dan memahami penderitaan rakyat Gaza apabila sumbangan untuk mereka dibuat. Majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kementerian Wilayah Persekutuan ini turut meraikan warga emas dan juga anggota UMNO Cawangan dan warga Kemas Putrajaya. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBhg Datuk Hj Nordin Hasan selaku Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, AJK Bahagian dan ketua-ketua cawangan yang sama-sama memeterai janji untuk sama-sama merapatkan silaturrahim. Semoga jalinan akrab yang terpamer dalam majlis tersebut akan berterusan dan menyumbang kepada perpaduan berterusan untuk kesejahteraan Putrajaya.
11273_724066187628666_4087857515453648768_n

983774_724046857630599_2039867108592556860_n

10533447_724046820963936_8728747032004296913_n

10552366_724047004297251_8611367222951334397_n

10580215_724065974295354_3778077090570708630_n

10599342_724066320961986_8876163261945492319_n

10628060_724056390962979_3070194805527302202_n

10641177_724056644296287_9071713486915891537_n