Berita

Hayati ‘Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’ Dengan Majlis Ilmu

PUTRAJAYA – Orang ramai khususnya warga Putrajaya dijemput beramai-ramai untuk bersama-sama dalam majlis ilmu yang akan disampaikan oleh penceramah terkenal, Ustaz Haslin Baharim dengan membicarakan tajuk ‘Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’. Tajuk tersebut dipilih bersesuaian dengan tema sambutan kemerdekaan ke -57 yang bakal diraikan pada 31 Ogos ini. Bertempat di Markas Operasi Pasukan Polis Marin, Presint 8, jam 9 malam untuk bersama-sama menghayati tema kemerdekaan ini. Secara amnya, tema tersebut mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk berganding bahu mempertahankan negara dengan menyelami akar umbi dan jati diri kita. Pada masa yang sama anggota masyarakat perlu bersama-sama membangunkan Malaysia agar menjadi sebuah negara yang disegani.