Rencana

Walimatul Urus

PUTRAJAYA – Majlis perkahwinan anak lelaki En Ruzain Hj Husain dan Pn Salasiah Harun di Dewan Kompleks Kejiranan Presint 9 telah berlangsung pada 7 Sept 2014. SUK UMNO Bahagian Putrajaya dan isteri telah hadir mewakili Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Tahniah kepada kedua pengantin baru dan semoga dengan ikatan yang terjalin akan diberkati-Nya dan berbahagia hingga ke akhir hayat.