Berita

Biro Kebajikan UMNO Putrajaya Pastikan Setiap Individu Dapat Perhatian

PUTRAJAYA – Keprihatian UMNO Bahagian Putrajaya terserlah dalam memastikan setiap individu mendapat perhatian khususnya mereka yang uzur, tidak sihat dan memerlukan tempat mengadu. Lantaran itu, Biro Kebajikan Putrajaya sentiasa menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi dengan mengunjungi mereka yang ditimpa musibah termasuklah yang mendapat kemalangan dan memastikan setiap kesulitan yang dihadapi dapat dibantu.

Bukan itu sahaja, tanggungjawab berterusan Biro terbabit turut meluangkan masa menziarah mereka yang menimang cahaya mata dan berkongsi kegembiraan bersama. Acapkali dalam kunjungan Biro yang dipengerusikan oleh En. Jaslee Haj Ahmad turut disertai oleh AJK Biro terbabit dan juga ketua pergerakan sayap UMNO Bahagian Putrajaya.

Semoga dengan kesungguhan dan keikhlasan Biro Kebajikan UMNO Putrajaya ini menghulurkan bantuan akan dapat meringankan beban yang dihadapi oleh setiap warganya.

IMG-20140911-WA0001

IMG-20140911-WA0002