Berita

OKU Diraikan Dalam Majlis Sentuhan Kasih

Orang kurang upaya (OKU) tidak pernah dipinggirkan, malah sentiasa dibantu dan mendapat perhatian agar mereka dapat bersama-sama berganding bahu membawa negara ini ke arah yang lebih baik, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Jelasnya, dalam pelbagai program dan perancangan yang dilaksanakan kerajaan, OKU turut menjadi sebahagian anggota penting termasuklah pelbagai kemudahan untuk keselesaan mereka.

“Kerajaan juga akan pastikan lebih banyak ruang dan peluang diberikan kepada mereka bagi membina kerjaya berasaskan kepada kemahiran dan kebolehan masing-masing,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata demikian dalam Majlis Sentuhan kasih membabitkan OKU dari seluruh Wilayah Persekutuan termasuklah Putrajaya.
Majlis yang berlangsung pada Ahad, 12 Okt 2014, DI Masjid Wilayah Persekutuan ini turut menyaksikan sumbangan berjumlah RM135 ribu disampaikan kepada OKU.

Seramai 600 orang OKU telah hadir dalam majlis tersebut.

IMG_7040

IMG_7041