COMBI Pastikan Putrajaya Bebas Dari Denggi
PUTRAJAYA – Kesungguhan warga tempatan untuk memastikan Putrajaya bebas dari denggi berterusan dengan pelancaran pelancaran COMBI di Presint 14 yang dirasmikan oleh YB Datuk Khairudin Samad, Ahli Dewan Negara merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya.
Majlis tersebut berlangsung di P 14/12 Presint 14 pada 26 Okt 2014, Ahad yang turut dihadiri oleh Dr Othman Warijo selaku Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
COMBI yang merupakan singkatan bagi “COMmunication for Behavioural Impact” (Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku) ialah pendekatan komunikasi yang diguankan bagi mencegah dan mengawal penyakit demam denggi. Keutamaan bagi program ini ialah dengan mengadakan pemeriksaan dalam dan luar rumah setiap hujung minggu dan menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes.
You must be logged in to post a comment.