Aktiviti & Komuniti

Program Waja – Wanita Anti Jenayah

PUTRAJAYA – Atas keprihatinan dalam memastikan keselamatan menjadi keutamaan, Program Waja – Wanita Anti Jenayah telah diadakan di Dewan Fasa 4A Presint, yang berlangsung pada 25 Okt 2014, Sabtu. Program ini telah mengetengahkan pakar jenayah IPD Putrajaya, yang berkongsi pengetahuannya dan memberikan pelbagai tips sebagai alternatif memastikan wanita terhalang dari ancaman jenayah.