Kebakaran Surau Al-Iman, Bantuan Segera Dihulur
PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu bahawa bantuan segera wang tunai berjumlah RM20 ribu dihulur selain keutamaan membaikpulih kembali Surau Al-Iman P9B di Presint 9 telah terbakar pagi ini.
Beliau yang membuat turun padang sendiri untuk meninjau keadaan kerosakan yang berlaku di surau tersebut turut melahirkan rasa dukacita atas musibah berkenaan namun tindakan segera telah dibuat.
“Bantuan segera akan disalurkan melalui dan sementara menunggu proses pembaikan semula surau tersebut maka tempat solat sementara akan diwujudkan bagi memudahkan para penduduk tempatan menunaikan ibadah dengan selesa secara berjemaah dan perancangan lain tidak terganggu,” katanya.
Turut sama dalam tinjauan tersebut ialah isteri beliau, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki.
Hasil tinjauan, banyak kemusnahan yang berlaku sementara pihak berkuasa sedang melalukan siasatan untuk mengetahui punca kebakaran dan jumlah kerugian dianggarkan dalam RM700 ribu.
Selaras dengan itu, kedudukan tempat solat sementara akan dimaklumkan kemudian selepas mendapat tempat yang sesuai berdasarkan perbincangan dengan AJK surau dan komuniti tempatan.
Surau Al-Iman ini adalah projek perintis LA 21 iaitu berdiri hasil amalan gotong-royong dan kerjasama antara masyarakat dengan JAKIM, JAWI dan juga unit penyelarasan JPM dengan reka bentuk Melayu tradisi.
You must be logged in to post a comment.