Program MEMBARA Terus Beri Manfaat Pada Rakyat
PUTRAJAYA – Program MEMBARA atau ‘Membantu Rakyat’ ternyata memberi manfaat kepada masyarakat tempatan khususnya golongan yang memerlukan dalam usaha kerajaan memastikan setiap individu mendapat pembelaan dan keselesaan dalam kehidupan seharian.
Bertempat di Dewan SK Presint 8 (2), Pergerakan Puteri UMNO Bahagian bersama Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya telah merealisasikan bantuan kepada rakyat dengan majlis yang dilancarkan oleh YBhg Datin Seri Anggraini Sentiyaki, isteri Menteri Wilayah Persekutuan.
Dalam program yang berlangsung pada 29 Okt 2014 ini, golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas dan ibu tunggal diberikan bantuan agar dapat meringankan beban kehidupan mereka seharian.
You must be logged in to post a comment.