Berita

GENEXTER Pastikan Golongan Muda Sentiasa Proaktif

PUTRAJAYA – Karnival Genexter 2014 yang dihadiri kira-kira 30,000 belia di
Dataran Putrajaya adalah untuk memastikan bahawa golongan muda sentiasa proaktif dalam mencapai cita-cita sebagaimana pesanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada generasi Y negara ini.

Generasi Y perlu berusaha untuk menjadi manusia yang cemerlang dan berjaya selain meneruskan kesinambungan kejayaan negara.

Karnival Genexter selama dua hari bermula semalam adalah anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).

Turut hadir pada karnival itu ialah isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang merupakan Yang Dipertua Bakti dan isteri timbalan perdana menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selaku Naib Yang Dipertua Bakti.

Hadir sama ialah menteri-menteri kabinet bersama isteri masing-masing, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan pemimpin peringkat negeri termasuklah Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama isteri, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki.

Kesemua pemimpin yang hadir duduk bersama-sama para belia memandangkan tempat duduk bagi VIP tidak disediakan

IMG-20141109-WA0010

IMG-20141109-WA0011