Majlis Mini Konvokesyen Tabika Kemas
PUTRAJAYA – Majlis Mini Konvokesyen Tabika Kemas Parlimen Putrajaya telah berlangsung pada 8 Nov 2014, Sabtu telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Khairudin Samad Ahli Dewan Negara merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya. Majlis telah diadakan di Dewan Serbaguna Kementerian Pelancongan Presint 5 Putrajaya. Majlis tersebut diadakan sebagai meraikan anak-anak kecil bersama-sama ibu bapa mereka dalam suasana harmoni. Turut hadir bersama-sama memeriahkan majlis tersebut ialah AJK UMNO Bahagian dan Ketua Ketua Cawangan yang sentiasa menyokong aktiviti sedemikian.
You must be logged in to post a comment.