Majlis Perkahwinan Anak Lelaki Hjh Norhayati
PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah meluangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan majlis perkahwinan anak lelaki Hjh Norhayati Hj Mohamad di Taman Botani Putrajaya pada 8 Nov, 2014, Sabtu. Dalam kesempatan ini, beliau turut beramah mesra dengan para penduduk dan orang ramai yang turut hadir meraikan pasangan mempelai. Beliau turut mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan pengantin iaitu Shazwan dan Jehan serta mendoakan agar mereka berbahagia hingga ke akhir hayat.
You must be logged in to post a comment.