Berita

Semai Kecermalangan Bermula Dari Pra Sekolah

PUTRAJAYA – Berpegang kepada pepatah Melayu, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’, maka anak-anak kecil telah didedahkan dengan aspirasi kecemerlangan melalui acara graduasi sebagai titik awal pencetus kejayaan. Ini direalitikan melalui Majlis Graduasi Pra Sekolah SKPP 8(1) yang telah berlangsung di Tapak Perhimpunan SKPP 8(1) pada 10 Nov, 2014, Isnin. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Datin Seri Anggraini Sentiyaki iaitu isteri Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Ahli Parlimen Putrajaya.

Dalam majlis tersebut, seramai 63 orang pelajar telah berjaya menamatkan sessi pra sekolah dengan jayanya sebelum memasuki persekolahan tahun satu pada tahun depan. Semoga dengan tamatnya pengajian di alam pra sekolah akan dapat menyemai kejayaan yang lebih baik demi masa hadapan agama, bangsa dan negara.

10252052_758495097519108_3569446992482172440_n

10349063_758494867519131_1591744579396295698_n

10406631_758494767519141_3894118032895848686_n

10523981_758494837519134_3213701249603749219_n

10686954_758494990852452_996154088194435619_n