Berita

UMNO Putrajaya Turun Padang Bantu Mereka Yang Kurang Bernasib Baik

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya menunjukkan rasa prihatin untuk bersama-sama dalam Program Turun Padang (TURPA) ke rumah warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang diusahakan oleh Yayasan Kesejahteraan Bandar (YKB) Wilayah Persekutuan pada 12 November 2014, Rabu. Dalam program tersebut, isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Anggriani Sentiyaki telah mewakili YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Ahli Parlimen Putrajaya untuk menyampaikan bantuan dan menziarahi mereka yang menghuni kediaman terbabit.

Program ini dilaksanakan sebagai inisiatif untuk membantu golongan yang memerlukan dengan meninjau sendiri persekitaran serta menghulurkan bantuan. Turut disampaikan dalam program tersebut ialah sumbangan dalam bentuk makanan dan juga peralatan untuk kegunaan harian serta barang keperluan asas. Turut bersama dalam program ini ialah ini Pengarah Eksekutifnya, YBhg Datuk Izudin Ishak selain Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Putrajaya, Puan Saadiah Bakar; Ketua Pergerakan Puteri UMNO Saudari Noraini Mustafar dan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Putrajaya, Puan Husna Abdul Rahaman serta beberapa AJK UMNO Putrajaya. Semoga dengan selesainya program ini akan menjadi perintis kepada masyarakat tempatan untuk terus bersama-sama membantu mereka yang memerlukan dan bersama membentuk masyarakat penyayang.

1471349_749418631761088_1262405940724119475_n

10404173_749422795094005_2269284419467196418_n

image1

image2

image3

image4