Berita

Kebajikan Warga Putrajaya Jadi Keutamaan

PUTRAJAYA – Keutamaan kepada mereka yang uzur dan kurang bernasib baik sentiasa menjadi keutamaan khususnya dalam memastikan keselesaan semua warga Putrajaya mendapat pembelaan setiap masa. Sehubungan itu, UMNO Bahagian Putrajaya melalui Biro Kebajikannya telah melakukan kunjungan dengan menziarahi mereka yang ditimpa musibah di samping menghulurkan bantuan pada Ahad, 16 Nov 2014. Kunjungan tersebut diketuai oleh isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Anggraini Sentiyaki bersama-sama dengan pengerusi biro, Puan Husna Abdul Rahman serta ketua pergerakan sayap Wanita, Puan Saadian Bakar, Ketua Pergerakan Pemuda, Saudara Ahmad Faisal Abdul Karim dan juga Ketua Pergerakan Puteri Saudari Noor Aini Mustafar serta ahli jawatankuasa biro kebajikan UMNO Putrajaya.

Kunjungan telah dilakukan ke Fasa 4C Presint 8 dengan menziarahi dua pengundi di Blok B dan Blok C selain bantuan kerusi roda diberikan sebagai keprihatian kepada keuzuran pesakit di Jalan P9B 1/7 Presint 9. Anggota Biro Kebajikan juga turut berkunjung ke Hospital Putrajaya dengan menziarah Setiausaha UMNO Cawangan Matahari, En Azlan Aziz yang dimasukkan ke hospital serta seorang lagi pengundi yang turut ditempatkan di wad 4A.

Semoga semua warga Putrajaya yang ditimpa keuzuran akan kembali pulih serta dapat bersama-sama melaksanakan tugas harian serta kembali bersama-sama menyemarakkan Putrajaya.

559577_761535477215070_5655932857952968287_n

1471297_761546843880600_491629682645716522_n

1483288_761540130547938_4551946722497239329_n

1557467_761546883880596_3485769804561375565_n

10372225_761535287215089_6772967286063304149_n

10696241_761539990547952_5504869587676267101_n