Rencana

Selamat Pengantin Baru

PUTRAJAYA – Pada Sabtu, 15 Nov 2014 telah berlangsung majlis perkahwinan anak perempuan Haji Omar Yaakop dan Hjh Salbiah Abdullah di Dewan Serbaguna Presint 8. SUK umno Putrajaya, Tuan Haji Baharudin dan Isteri telah mewakili YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya dan menyampaikan salam beliau yang tidak dapat hadir. Semoga ikatan perkahwinan pasangan pengantin akan berkekalan hingga ke akhir hayat.