Berita

Merealitikan Impian Rakyat Dalam Cuti Sekolah

PUTRAJAYA – Parlimen Putrajaya menyambut ketibaan permulaan cuti sekolah dengan acara tahunannya iaitu bersama-sama dalam merealitikan impian setiap ibu bapa untuk anak-anak mereka sebagaimana program Majlis Khatan Beramai-ramai dan Penyerahan Bantuan Persekolahan ‘Back to School’ Parlimen Putrajaya 2014.

Acara tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang turut disertai isterinya, Datuk Anggeriani Sentiyaki.

Dalam acara berkhatan, seramai 170 orang anak-anak warga Putrajaya telah terlibat yang dimeriahkan dengan acara berarak dan mandi beramai-ramai sebelum berkhatan.

Dalam masa yang sama, bantuan persekolhan untuk sesi 2015 turut diadakan melalui program ‘Back to School’ yang membabitkan seramai 1,100 orang penerima. Mereka yang diutamakan dalam bantuan tersebut ialah golongan keluarga berpendapatan rendah yang menerima bantuan wang tunai serta beg sekolah.

Dalam ucapannya, beliau melahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada semua warga tempatan yang bersama-sama memeriahkan acara terbabit dan sentiasa memberi sokongan kepada beliau selaku pemimpin tempatan.

“Semoga bantuan yang dihulur akan dapat meringankan beban semua dan kita akan adapat melaksanakan pelbagai program bersama-sama,” jelasnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya

IMG-20141122-WA0009

IMG-20141122-WA0012

IMG-20141122-WA0013

IMG-20141122-WA0016

IMG-20141122-WA0020

IMG-20141122-WA0021

IMG-20141122-WA0028

IMG-20141122-WA0029

IMG-20141122-WA0035

IMG-20141122-WA0037

IMG-20141122-WA0038

IMG-20141122-WA0040

IMG-20141122-WA0046

IMG-20141122-WA0049

IMG-20141122-WA0054