Berita

MEMBARA Dekatkan Rakyat Bersama Pemimpin

PUTRAJAYA – Program Membantu Rakyat (MEMBARA) yang berjaya mendekatkan pemimpin tempatan dengan rakyat menerusi pelbagai aktiviti yang dianjurkan khususnya dalam membantu pelbagai golongan lapisan masyarakat sebagaimana
orang kelainan upaya (OKU), pesara, warga emas dan mereka yang dihimpit kesusahan.

Program yang berlangsung di Dewan Komuniti Presint 16 pada 30 Nov. 2014, Sabtu dengan dirasmikan oleh YB Senator Datuk Khairudin Samad, Ahli Dewan Negara merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya dianjurkan oleh Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO Bahagian Putrajaya bersama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Semoga dengan adanya pelbagai program yang dilakukan, keperitan hidup rakyat dapat diringankan berdasarkan kepada bantuan dan keprihatinan pemimpin tempatan selain harapan agar permuafakatan antara rakyat dan pemimpin akan berterusan.

1476368_768253816543236_1523178513787208207_n

1511437_768253599876591_6111341033435664257_n

10698666_768253666543251_6879981887755245373_n

10734119_768254126543205_7764198764566708350_n

10801811_768253726543245_7435532993886927898_n