Rencana

Selamat Pengantin Baru

PUTRAJAYA – Majlis perkahwinan anak perempuan Puan Azizah, Ketua Wanita Cawangan UMNO Bunga Semarak telah berlangsung meriah pada 30 November 2014, Ahad. Majlis berlangsung di Dewan Presint 14-7 Presint 14 Putrajaya. SUK UMNO Putrajaya, Tuan Haji Baharudin dan isteri telah mewakili YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya ke Majlis tersebut. Tahniah kepada keluarga dan pasangan pengantin atas termeterainya ikatan perkahwinan dan semoga ikatan yang terjalin akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

1506824_768150436553574_1350371310239017239_n