Berita

Tengku Adnan Kunjungi Mangsa Kebakaran

PUTRAJAYA – Keprihatinan pemimpin tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membawa beliau mengujungi mangsa kebakaran yang melibatkan kediamannya di Presint 11. Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan telah mendengar sendiri musibah yang dilalui oleh Saudara Hasnudin Meran apabila rumahnya terbakar dalam kejadian sekitar pukul 11.30 malam tadi. Datuk Seri Tengku Adnan melahirkan rasa simpati dan turut bersedih atas apa yang berlaku kepadanya selain bantuan segera akan disalurkan kepada mangsa. Keluarga Saudara Hasnudin telah ditempatkan di rumah transit sementara memandangkan kediamannya tidak dapat diduduki. Sehingga kini, punca kebakaran dan kerugian yang dialami masih dalam siasatan pihak berkuasa.

IMG-20141205-WA0020

IMG-20141205-WA0024