Bantuan Beg Sekolah dan Alat Tulis Persediaan Memasuki Sesi 2015
PUTRAJAYA – Biarpun cuti persekolahan masih lagi berbaki hampir sebulan namun persediaan bagi menghadapi sesi 2015 telah dilakukan lebih awal oleh pemimpin tempatan. Ini dibuktikan dengan Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada wakil-wakil daripada sekolah rendah di sekitar Putrajaya.
Sumbangan tersebut melibatkan untuk para pelajar tahun satu bagi sekolah-sekolah sekitar Putrajaya dengan seramai 2,781 pelajar menerimanya termasuklah peralatan persekolahan.
Beliau amat berharap agar sumbangan tersebut akan dapat membantu meringankan beban setiap isi rumah yang mana anak-anak mereka bakal bersekolah pada sesi kemasukan 2015.
You must be logged in to post a comment.