Berita

Pemantauan Harga Dibuat Pastikan Rakyat Dapat Keselesaan

PUTRAJAYA – Keprihatinan pemimpin tempatan terhadap aduan dan rungutan yang didengar berkaitan harga makanan dan minuman di medan selera telah membawa Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya melakukan pemantauan.

Ujarnya, beliau mendapat maklum balas dari masyarakat tempatan melalui emel dan sistem pesanan ringkas (sms) berkaitan hal terbabit lantas beliau mengambil pendekatan untuk turun padang dan bertemu sendiri dengan para penjual serta para pengunjung di Medan Selera Presint 9, Putrajaya pada 12 Disember 2014, Jumaat.

“Saya mendapati harga makanan adalah mengikut harga pasaran sementara bagi harga minuman saya akui agal mahal yang mana saya sendiri telah meminta kepada para peniaga untuk tidak menaikkan harga,” katanya.

Beliau turut menasihatkan agar para pelanggan yang bakal menjamu selera menjadi pengguna yang bijak iaitu membuat penilaian harga terlebih dahulu sebelum membeli dan membuat perbandingan antara satu-satu kedai agar tidak tertipu dengan segelintir peniaga yang sengaja mahu mengaut keuntungan berlebihan.

“Kita perlu bijak memilih dan berbelanja agar kita tidak terpedaya dengan sikap mana-mana pihak yang sengaja mahu mengambil keuntungan dengan menaikkan harga,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, beliau juga berkesempatan menjamu selera dengan roti canai yang dibeli dari Gerai Warith Roti Canai.

IMG-20141212-WA0010

IMG-20141212-WA0012

IMG-20141212-WA0013