Berita

Meriahkan Festival Lampu (Light And Motion Putrajaya) 2014

PUTRAJAYA – Orang ramai dijemput hadir untuk bersama-sama memeriahkan dan menyaksikan Festival LAMPU (Light And Motion Putrajaya) yang julung kalinya berlangsung. Festival tersebut telah dilancarkan oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya bersama dengan Tan Sri Datuk Seri Dr Aseh Che Mat iaitu Presiden Perbadanan Putrajaya pada 12 Disember 2014 di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.

Festival ini akan berlangsung dari 12 hingga 14 Disember 2014 bermula pukul 7.30 malam sehingga 12 tengah malam. Pelbagai acara turut diadakan sepanjang festival tersebut termasuklah pertandingan fotografi dan videografi, pesta IT, pameran automotif bercahaya, busking serta banyak lagi program menarik.

IMG-20141212-WA0042

IMG-20141212-WA0045

1508989_10152524140081723_6807183618094825127_n

10402932_10152524139916723_926091378879391827_n

10429858_10152524139946723_772267562339984840_n

10806187_10152524139886723_4211461204893904501_n