Berita

Majlis Kenduri Rakyat Satukan Masyarakat

PUTRAJAYA – Majlis Jamuan Kenduri Rakyat Fasa 2 Presint 9 Putrajaya yang berlangsung pada 25 Dis 2014, Khamis menyatukan masyarakat dalam satu suasana kekeluargaan apabila mereka bersama-sama bergotong –royong melaksanakan pelbagai tugasan dalam usaha menjakannya. Majlis tersebut telah diadakan di Perkarangan Surau Al-Insaniah Blok 2 C, Fasa 2, yang bermula jam 12.00 Tengah hari.

Turut hadir untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini iailah Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama dengan Senator Datuk Khairudin Samad, Ahli Dewan Negara merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian serta semua kemuniti Blok A, B, C, D, dan E. Permuafakatan dalam masyarakat setempat sememangnya menjadi aspirasi dalam kesejahteraan berterusan.

10698556_780098765358741_625741205181794349_n

10885293_780087218693229_8555166919190113711_n