Majlis Tahlil & Doa Selamat Untuk Akhir Tahun 2014
PUTRAJAYA – Majlis Tahlil dan doa selamat serta jamuan akhir tahun 2014 telah berlangsung dikawasan Komuniti Presint 18R8 Putrajaya pada Ahad, 21 Dis 2014. Turut hadir YB Senator Dato’ Khairudin Samad, Ahli Dewan Negara merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya selain ahli jemaah Surau Al-Istiqamah, para penduduk tempatan serta ahli-ahli Cawangan Bunga Cengkih. Sememangnya majlis sedemikian amat bermakna dan memberi manfaat selain dapat mengeratkan hubungan masyarakat setempat.