Berita

2015 Dirai Dengan Majlis Ilmu

PUTRAJAYA – Ambang tahun 2015 diisi dengan majlis ilmu sebagai panduan dan tauladan kepada masyarakat setempat setelah pelbagai suka-duka menghiasi tahun 2014. Antaranya ialah Karnival Raudah yang mengutarakan sesi ceramah dengan perkongsian pelbagai ilmu dari para penceramah hebat termasuklah Ustaz Mohamad Kazim Elias dan Datuk Ustaz Mohd Najmuddin Elias. Sebelum itu, solat maghrib dan solat hajat khas mohon dihindarkan sebarang musibah termasuklah banjir telah dilakukan di Masjid Putra. Turut sama mengadakan majlis ilmu ialah surau-surau di sekitar Putrajaya sebagai pengisian dalam ambang tahun baru.