Berita

Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan Bermula Hari Ini

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini melancarkan ‘Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan’ dan ‘KL Car Free Morning 2015’.

Menurut Tengku Adnan, kempen Kibar Bendera Wilayah Pesekutuan selama sebulan itu diadakan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2015 pada 1 Feb ini dan bertujuan menyemarakkan semangat cintakan wilayah tersebut.

“Bagaimapun sambutan Hari Wilayah Pesekutuan kali ini tidak diadakan secara berlebihan dan pembaziran kerana kita sedar negara sedang hadapi kesusahan khususnya di kawasan yang dilandar banjir,” katanya.

IMG-20150104-WA0000

IMG-20150104-WA0013

IMG-20150104-WA0018