Putrajaya Terus Prihatin Jayakan Misi Bantuan Banjir
Putrajaya – Warga tempatan melalui UMNO Bahagian Putrajaya terus prihatin dalam usaha menjayakan Misi Bantuan Banjir dengan kali ini dilaksana bagi bantuan ke Jerantut, Pahang pada 3 Jan 2015, Sabtu. Bantuan tersebut yang dikelolakan oleh Biro Kebajikan dengan diketuai oleh Puan Husna Rahaman meneruskan misi bantuan dengan kesungguhan untuk membantu mangsa banjir di Pantai Timur serta berkongsi kesedihan atas musibah yang melanda. Misi tersebut bukan hanya mengumpulkan pelbagai barang dan peralatan keperluan harian namun turut serta turun padang untuk menyampaikan sendiri ke kawasan-kawasan yang dilanda banjir.
You must be logged in to post a comment.