Berita

Peralatan Persekolahan Untuk Sesi Persekolahan Baharu

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya meneruskan tradisi sebagaimana tahun-tahun sebelumnya apabila meneruskan program bantuan peralatan persekolahan yang dilaksanakan dengan penyerahan kepada wakil pentadbiran sekolah. Pada 2 Jan 2014, Jumaat sejumlah 239 beg telah diserahkan kepada Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2). Bantuan beg sekolah tersebut telah di serahkan oleh wakil UMNO Bahagian Dr. Shahrul Azman Alang Saidi selaku Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Putrajaya yang mewakili Ahli Parlimen, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merangkap Menteri Wilayah Persekutuan.

Dalam hal yang sama, bantuan persekolahan turut berlangsung kepada para pelajar tahun satu di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1) yang disampaikan oleh Tuan Roslan Abu Hanif.

1797377_786076068094344_8657055790332106318_n