Aktiviti & Komuniti

Penduduk Blok D Zon 4A, Presint 11 Rancang Hala Tuju 2015

PUTRAJAYA – Persatuan Penduduk Blok D Zon 4A, Presint 11 telah mengadakan mesyuarat pada Khamis, 8 Jan 2014 yang berlangsung di Kelab Tasik Putrajaya bagi membincangkan gerak kerja dan hala tuju untuk tahun 2015. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Amir Musa selaku pengerusi merangkap Ketua Cawangan UMNO Bunga Kemboja. Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah untuk mengadakan kelas mengaji kepada penduduk setempat khususnya anak-anak kecil serta beberapa aktiviti lain. Semoga semua perancangan akan dapat dilaksana dengan jayanya demi perpaduan dan kesejahteraan masyarakt keseluruhannya.

10923758_789686074400010_436133043913789662_o