Berita

Elak Kejahilan Dengan Bicara Hal Ehwal Islam

PUTRAJAYA –Menambah ilmu pengetahuan dan menghadiri majlis-majlis sedemikian mencakupi setiap umat Islam yang merupakan satu kewajipan bagi mengelak daripada kejahilan yang seterusnya boleh merosakkan akidah. Bersandarkan kepentingan tersebut, Majlis Bual Bicara Hal Ehwal Islam berlangsung dalam sesia Kuliah Bulanan yang diadakan di Surau Al-Muttqin, Fasa 5R6, Presint 5 Putrajaya. Majlis yang diadakan pada 21 Jan 2015, Rabu telah disampaikan oleh Ustaz Syed Mohd Norhisham Tuan Padang Al-Idrus sementara Ustaz Hj Zakaria Othman daripada JAKIM menjadi moderatornya.

Ceramah yang disampaikan bertajuk ‘Rasullullah Insan Perihatin’ iaitu bersempena dengan bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW di samping usaha untuk menerapkan nilai-nilai murni Baginda dalam masyarakat. Majlis yang dianjurkan bersama oleh Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Sub Zon A dan Surau Almuttqin ini mendapat sambutan dari penduduk tempatan yang amat cintakan majlis sedemikian.

1617972_795180950517189_4958882995944289751_o

10828173_795180933850524_174110106450584370_o