Berita

Warga Putrajaya Sertai Misi Bantuan Kemanusiaan UMNO WP Bantu Mangsa Banjir

PUTRAJAYA – Kerajaan telah pun memulakan langkah bagi membantu mangsa banjir, termasuk memberikan bantuan kewangan dan barangan keperluan. Selaras dengan itu, UMNO Bahagian Putrajaya turut serta bersama UMNO Wilayah Persekutuan yang terus-menerus menghulurkan bantuan dalam meringankan beban mangsa banjir.

Konvoi bantuan kemanusiaan Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di disertai 250 sukarelawan telah membawa barangan keperluan termasuk dapur masak, tong gas, selimut, tikar plastik dan telekung masing-masing berjumlah 7,000 unit untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan timbalan pengerusinya Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

IMG-20150122-WA0023

IMG-20150122-WA0027

IMG-20150122-WA0034

IMG-20150122-WA0043

IMG-20150122-WA0044

IMG-20150122-WA0045

IMG-20150122-WA0048