Berita

Tingkatkan Syiar Islam Melalui Kelas Tahsin Iqra’ dan Tahfiz

PUTRAJAYA – Tanggungjawab bagi memastikan syiar Islam dilaksana dan dihayati mengikut al-Quran dan as-Sunnah diaplikasi dengan pelaksanaan Kelas Tahsiin Iqra’ dan Tahfiz di sekolah Putrajaya.

Majlis penyampaian sumbangan kepada sekolah-sekolah terlibat telah dilakukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang berlangsung pada 23 Jan 2015, Jumaat di Masjid Tuanku Sultan Mizan.

Dalam ucapannya beliau menegaskan perlunya pendekatan melalui pendidikan dengan penghayatan kepada Islam sebagai ad-din atau cara hidup seharian diterapkan dari generasi awal lagi.

“Kita perlu selami nilai-nilainya dan meninggalkan semua kemungkaran dalam usaha membanteras kepncangan dan memastikan kesejahteraan masyarakat terus dilandasan Islam,” katanya.

IMG-20150123-WA0006

IMG-20150123-WA0007

IMG-20150123-WA0008

IMG-20150123-WA0011

IMG-20150123-WA0013

IMG-20150123-WA0014