Berita

Kibarkan Bendera Untuk ‘Wilayahku Ceria’

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak orang ramai khususnya warga Putrajaya untuk bersama-sama mengibarkan bendera Wilayah Persekutuan menjelangnya sambutannya yang bakal dirai pada 1 Februari depan.

Katanya, kehadiran orang ramai yang mencecah 5,000 orang menandakan sokongan padu warga WP Putrajaya terhadap program yang dirancang oleh Kementerian bersama-sama Perbadanan Putrajaya bagi memastikan penduduknya sentiasa ceria dan bersemangat.

“Kempen Kibar Bendera adalah merupakan acara yang penting kepada kita kerana ia menandakan permulaan kepada pelbagai program dan promosi menuju kepada Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2015,” katanya dalam ucapan sempena Program “Langkah Ceria” dan Kempen Kibar Bendera yang diadakan di Dataran Putrajaya pada 25 Jan 2015, Ahad.

Jelasnya, kempen Kibar Bendera ini diadakan adalah sebagai tanda rasa hormat dan bersemangat di dalam menjadi warga Wilayah Persekutuan selain melahirkan warga yang ceria dan mempunyai perasaan cintakan terhadap negerinya.

“Perkara ini sememangnya adalah selari dengan tema Sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun 2015 iaitu “WilayahKu Ceria selain usaha untuk mewujudkan rasa cinta kepada generasi muda serta anak-anak kita ini pada masa akan datang.”

Dalam masa yang sama juga diadakan Program “Langkah Ceria” yang dibuat pada setiap pagi hari Ahad minggu ketiga setiap bulan sejak tahun 2013 lagi atas inisiatif dan cetusan idea Presiden Perbadanan Putrajaya sendiri.

Melalui program ini, kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, van, lori dan bas tidak dibenarkan memasuki beberapa buah laluan yang telah ditetapkan di sekitar Putrajaya bagi membolehkan orang ramai melalui jalan tersebut dengan berjalan kaki serta berjoging secara santai bersama ahli keluarga tanpa gangguan lalu lintas dan kenderaan.

IMG-20150125-WA0000 (800x800) (400x400) (2)

IMG-20150125-WA0003 (800x800) (2)

IMG-20150125-WA0006 (800x800) (2)

IMG-20150125-WA0011 (800x800) (2)

IMG-20150125-WA0014 (800x800) (400x400) (2)

IMG-20150125-WA0016 (800x800) (400x400) (2)

IMG-20150125-WA0017 (800x800) (400x400) (2)

IMG-20150125-WA0018 (800x800) (400x400) (2)