Berita

Kesusahan Dikongsi Bersama, Kebajikan Rakyat Terus Dibela

PUTRAJAYA – Dalam menjalani kehidupan seharian di sebuah bandar terancang, tentunya masih ada yang kesusahan dan ditimpa dengan macam-macam musibah. Lantaran itu, Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya sentiasa prihatin untuk bersama-sama menghulurkan bantuan agar setiap kesulitan dapat dikongsi bersama dan beban yang terpikul dapat diringankan.

Meyusuri permasalahan rakyat, isteri Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki telah mengetuai Biro Kebajikan UMNO Putrajaya berserta pengerusinya, Puan Husna dengan menziarah ke rumah-rumah warga tempatan yang ditimpa kesulitan.

Antaranya ialah di Blok B, Fasa 4C, Presint 8 pada 28 Jan 2015, Rabu dengan menyampaikan bantuan dan menghulurkan sumbangan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung. Selain itu, beliau turut mendengar luahan hari para pesakit dan bertanya sebarang keperluan yang boleh dihulur bagi membantu mereka.
Semoga dengan usaha yang dibuat oleh UMNO Bahagian Putrajaya akan dapat menceriakan warga tempatan dan bersama-sama menjalani kehidupan yang lebih baik untuk masa hadapan.

9002_798517100183574_5298557914174468462_n

1922525_798517246850226_749047834827881089_n

10423709_798517296850221_395385979347953932_n