Berita

Mohon Keberkatan Menjelang Hari Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA – Menjelang sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang bakal berlangsung pada 1 Februari 2015 ini, Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat telah diadakan sebagai tanda kesyukuran atas nikmat yang telah dilimpahkan dari-Nya. Majlis tersebut berlangsung pada 29 Jan 2015, Khamis dengan dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan. Turut diadakan dalam majlis ilmu ini ialah ceramah yang disampaikan oleh Al-Hafiz Ustaz Mohamad Kazim Elias seorang penceramah terkenal dan juga Pengetua Institut Al Barakhah. Semoga dengan sambutan ulang tahun ke-41 penubuhan Wilayah Persekutuan ini akan membawa keberkatan kepada semua warganya.

IMG-20150129-WA0076

IMG-20150129-WA0073

IMG-20150129-WA0072

IMG-20150129-WA0067

IMG-20150129-WA0062

IMG-20150129-WA0061

IMG-20150129-WA0055

IMG-20150129-WA0053

IMG-20150129-WA0052