Aktiviti & Komuniti

Mesyuarat Pastikan Kenduri Rakyat & Hari Keluarga Lancar

PUTRAJAYA – Bagi memastikan Majlis Kenduri Rakyat dan Hati Keluarga Parlimen Putrajaya yang bakal diadakan berlangsung lancar, satu mesyuarat melibatkan pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO telah diadakan. Mesyuarat yang berlangsung pada 28 Jan 2014 ini telah dipengerusikan oleh Datin Seri Anggeriani Sentiyaki selaku isteri Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya. Turut hadir Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Ketua Puteri UMNO Bahagian dan Setiausaha UMNO Bahagian Putrajaya. Semoga segala perancangan akan berlangsung lancar.

10408484_798428340192450_2829942970355763068_n

10941371_798428180192466_4081352817816001666_n