Berita

Jom Meriahkan Kenduri 1WP Dan Hari Keluarga Putrajaya

PUTRAJAYA – Bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan, program Kenduri 1Wilayah Persekutuan dan juga sambutan Hari Keluarga Parlimen Putrajaya bakal diadakan pada 7 Feb 2015, Sabtu bertempat di Kompleks Futsal 1Malaysia, Presint 18. Program tersebut akan diserikan dengan pelbagai aktiviti termasuk sukaneka, tarik tali, pertandingan mewarna kanak-kanak dan macam-macam lagi selain cabutan nombor bertuah.

Hadiah-hadiah menarik disediakan dengan sebuah Proton Saga menjadi hadiah utama selain tiga biji motosikal, basikal serta pelbagai barangan elektrik dan elektronik menanti orang ramai Sabtu ini. Untuk warga tempatan, jangan ketinggalan untuk beramah mesra dengan pemimpin anda, Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang akan hadir bersama isterinya, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki serta ahli keluarganya.