Berita

10,000 Warga Tempatan Meriahkan Kenduri Rakyat 1WP & Hari Keluarga

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah bersama-sama seramao 10,000 warga Putrajaya dalam memeriahkan program Kenduri Rakyat 1 Wilayah Persekutuan dan juga sambutan Hari Keluarga Parlimen Putrajaya.

Katanya, program tahunan itu merupakan suatu gerak kerja gotong-royong oleh masyarakat Putrajaya sebagai tanda kesyukuran atas kemajuan yang dikecapi.

“Program ini turut menjadi medium bagi memperkukuh persefahaman, perpaduan dan ukhwah sesama komuniti Wilayah Persekutuan dengan pelbagai program seperti senamrobik, sukaneka, serta gotong-royong memasak juadah kenduri,” katanya.

Warga Putrajaya hadir bersama keluarga masing-masing dengan menyertai pelbagai aktiviti termasuklah sukaneka dan pertandingan mewarna selain cabutan nombor bertuah.

Program yang diadakan di Kompleks Futsal 1Malaysia, Presint 18 berlangsung meriah pada 7 Feb 2015.

Dalam majlis yang sama, Tengku Adnan turut menyempurnakan pelepasan Konvoi Kibar Bendera Wilayah Persekutuan Bersama Kelab Pemilik Volvo, melibatkan 50 kereta Volvo, dari Putrajaya ke Taman Tasik Titiwangsa.

IMG-20150207-WA0057

IMG-20150207-WA0058

IMG-20150207-WA0016

IMG-20150207-WA0025

IMG-20150207-WA0031

IMG-20150207-WA0043

IMG-20150207-WA0044

IMG-20150207-WA0045

IMG-20150207-WA0047

IMG-20150207-WA0049

IMG-20150207-WA0051

IMG-20150207-WA0053