Rencana

Haji Ariffin Raikan Majlis Perkahwinan Anaknya

PUTRAJAYA – Pasangan Hj. Ariffin dan isterinya Hajjah Rajiah telah meraikan majlis perkahwinan anak lelakinya pada 8 Mac 2015, Ahad yang berlangsung di Dewan Seri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Dalam majlis tersebut, Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Putrajaya, Tuan Haji Baharudin telah hadir bersama isterinya bagi mewakili Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Semoga pasangan pengantin terbabit dikurniakan kebahagiaan dan kekal hingga ke akhir hayat.